Jumat, 29 Juli 2011

Tujuh Tengkujuh.. (4)

Selasa, 5 Julai 2011.

Abang Razif call aku. Ada projek 'urgent' katanya.. malam ni nak kena siap. Artwork designer dia dah siapkan. 24 muka surat.. 300 buku je.. Aku tanya Zamir. Dia bagi isyarat setuju. Walaupun aku sedikit risau sebab kami tak punya mesin lagi dah.. demi tak nak customer lari, aku sanggupkan. Bebannya aku letak di bahu Zamir. Semunya bergantung kepada pengalaman dan kenalan yang dia ada. Tugas aku untuk dapatkan market. Sekarang tugas Zamir untuk laksanakannya. Harap Zamir tak mengecewakan aku.


Seperti dijanjikan, Zamir berjayakan siapkannya malam itu jugak. Aku lega. Abang Razif tentu kagum dan percaya kata-kata aku. Selesai semuanya, aku ajak Zamir lepak minum di restoran mamak. Jelas aku tak salah pilih partner kali ni.

"Zamir, kalau tanpa mesin pun kita masih boleh siapkan projek customer dalam masa satu hari, bayangkan kalau satu hari nanti kita dah berjaya dan ada banyak mesin.. tentu lebih ramai orang akan cari kita, kan?" Celotehku sengaja membangkitkan semangatnya yang teruk terjejas sebelum ni. Tapi Zamir tak nampak berapa ceria. Dua tapak tangannya dipekup ke kepalanya yang kurang subur.

Entahla, Zatt.. saya tak tau macam mana nak buat lagi sekarang. U kenal itu Tohid kan? Dia banyak kali call sama saya.. mintak balik wang 10 ribu yang dia kasi pinjam untuk beli mesin. U ada jalan ka?

Aku tarik nafas panjang. Aku pun tak jelas bagaimana nak start balik. Bukan sikit-sikit duit yang perlu aku cari untuk adakan balik mesin tu. Kini Zamir letakkan harapan di bahu aku pulak.

Tiba-tiba seorang teman yang baru sebulan aku kenal singgah di meja kami. Aku panggil dia Abang Zaidi. Dia dah sepuluh tahun juga buka bisnes di Pudu ni. Dah maju benar. Mesin-mesinnya saja sudah hampir sepuluh bijik. Kedai dia ada di tiga empat tempat. Dia juga tau apa yang dah berlaku pada bisnes aku dan Zamir.

"Macam mana sekarang ni, Zatt? Apa plan lepas mesin kena bawak lari ni? Si Aileen tu memang satu Pudu ni dah tau dia punya auta.."

"Macam ni bang.. saya dan Zamir ni ada kemahiran masing-masing. Tapi satu-satunya masalah kami ni - mesin! Kalau abang sanggup tolong kami, sangat-sangatlah saya berterima kasih. Kira abang investlah kat kitorang dalam lima belas ribu.. bulan-bulan kami bayarla dividen kat abang dari keuntungan kitorang nanti.." Idea tu spontan keluar dari mulut aku. Nampak sangat desperated! Aku Zaidi buat-buat ketawa walaupun pada aku, ini bukannya lucu.

"Zatt, ko buatlah kertas-kerja bagi kat abang. Kalau plan ko tu tak merugikan abang, apa salahnya.. esok jugak abang boleh bagi ko duit!"Lancar saja mulut Abang Zaidi bagi harapan. Mata aku dan Zamir pun terasa bersinar-sinar terang!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar