Jumat, 29 Juli 2011

Tujuh Tengkujuh.. (6)

Jumaat, 8 Julai 2011.

Selepas solat Jumaat, aku segera pulang ke rumah. Entah kenapa aku tak rasa nak kembali semula ke pejabat sementara aku di tingkat atas bangunan yang sedang diubahsuai tu. Termenung lagi di sofa lusuh yang carik seribu. Sendirian buat aku jadi murung. Tertekan dan terkilan mengenangkan nasib yang semakin tak menyebelahi aku. Badan rasa seram sejuk. Tak tau nak mengadu dengan siapa lagi. Aku terasa seolah semua orang di sekeliling aku dah tak percayakan kemampuanku lagi. Termasuk isteri dan adik-beradikku. Dah banyak kali aku jatuh. Takde siapa akan sanggup tolong aku lagi. Abang Zaidi pun masih membisu. Harap dia akan berikan perkhabaran baik nanti..

Tiba-tiba aku terima call dari Korie, adik aku. Panggilan yang buat aku rasa mahu rebah ke bumi!

"Abang.. ayah.. ayah dah meninggal." Katanya gugup dan tertahan-tahan. Aku terkelu. Ayah tak sakit apa-apa. Takkanlah.. tapi tak mungkin Korie nak buat lawak hal macam ni.

"Innalillah.. bila? macam mana??"

"Masa kat masjid tadi, ayah rebah sebaik angkat takbir pertama. Tak lama lepas tu ayah meninggal."

Ya Allah.. ayah.. takkan secepat ini ayah pergi.. lutut aku bergetar kuat sehingga aku terjelepok ke lantai. Seketika aku hanya memeluk lutut dengan fikiran yang tak keruan. Sedetik kemudian aku bingkas bangun. Aku telefon isteriku di pejabatnya. Aku kesat mata yang berkaca-kaca dan segera bersiap untuk pulang ke Jengka. Sepanjang jalan aku cuba bersikap setenang mungkin.

Ketika aku tiba, jenazah ayah sedang dimandikan. Kaum keluargaku semuanya sudah tiba kecuali adik perempuan aku yang tinggal di Johor. Aku cium dan peluk mak yang nampak tenang dan tabah menghadapi hakikat kehilangan ayah. Kemudian aku menerpa orang ramai yang sedang memandikan jenazah ayah. Perasan aku bergoncang kuat. Sedikit waktu lagi pasti aku menangis hiba! Tapi wajah ayah nampak sangat tenang. Tiada sedikitpun raut derita terlukis dijasadnya. Bibirnya sentiasa tersenyum kepada semua yang melihat jenazahnya. Aku raba wajah ayah. Aku jirus air perlahan-lahan di rambutnya. Ya, ayah terus tersenyum kepada kami. Membuatkan air mata aku tidak jadi melimpah ke pipi.

Berehatlah ayahanda.. aku redha kepergian ayahanda di hari dan waktu yang baik ini.. walaupun hajat ayah untuk ke tanah suci bersama emak tidak kesampaian.. namun tiada apa yang lebih didambakan oleh setiap hamba Allah yang beriman selain mati di dalam keimanan.. di dalam rumah tuhan.. tanpa penderitaan yang panjang.     

Tujuh Tengkujuh.. (5)

Rabu, 6 Julai 2011.

Aku tak sabar-sabar tunjukkan kertas kerja seperti yang Abang Zaidi mintak. Mengikut percaturan aku, dalam tempoh dua tahun, aku mampu bagi dia 50% keuntungan dari jumlah yang dia laburkan. Abang Zaidi tak kata apa-apa. Cuma dia minta sedikit masa untuk dibincangkan dengan bahagian akaunnya. Aku akur dengan harapan yang menggunung.

Khamis, 7 Julai 2011.

Aku terlupa hari ni hari jadi isteri aku. Malah aku juga terlupa hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke empat. Aku cuma perasan bila buka Facebook.

'Hai husband.. happy Anniversary.. harap birthday present nanti boleh dapat Samsung Galaxy SII!' Mesej tu buat aku rasa senak. Aku sedar ini hanyalah gurauannya yang bersulamkan harapan. iPhone tu cecah dua ribu lebih harganya! Wife aku tak tau lagi bencana yang sedang aku hadap. Yelah, sebelum aku berhenti kerja hari tu, macam-macam janji manis yang aku tabur demi mendapatkan persetujuannya untuk aku kembali berkecimpung dalam dunia bisnes semula. Tup-tup jadi lain. Belum berperang dah tersungkur. Duit gaji pun lebur. Maaflah sayang, sekali lagi aku gagal membahagiakanmu..

Tujuh Tengkujuh.. (4)

Selasa, 5 Julai 2011.

Abang Razif call aku. Ada projek 'urgent' katanya.. malam ni nak kena siap. Artwork designer dia dah siapkan. 24 muka surat.. 300 buku je.. Aku tanya Zamir. Dia bagi isyarat setuju. Walaupun aku sedikit risau sebab kami tak punya mesin lagi dah.. demi tak nak customer lari, aku sanggupkan. Bebannya aku letak di bahu Zamir. Semunya bergantung kepada pengalaman dan kenalan yang dia ada. Tugas aku untuk dapatkan market. Sekarang tugas Zamir untuk laksanakannya. Harap Zamir tak mengecewakan aku.


Seperti dijanjikan, Zamir berjayakan siapkannya malam itu jugak. Aku lega. Abang Razif tentu kagum dan percaya kata-kata aku. Selesai semuanya, aku ajak Zamir lepak minum di restoran mamak. Jelas aku tak salah pilih partner kali ni.

"Zamir, kalau tanpa mesin pun kita masih boleh siapkan projek customer dalam masa satu hari, bayangkan kalau satu hari nanti kita dah berjaya dan ada banyak mesin.. tentu lebih ramai orang akan cari kita, kan?" Celotehku sengaja membangkitkan semangatnya yang teruk terjejas sebelum ni. Tapi Zamir tak nampak berapa ceria. Dua tapak tangannya dipekup ke kepalanya yang kurang subur.

Entahla, Zatt.. saya tak tau macam mana nak buat lagi sekarang. U kenal itu Tohid kan? Dia banyak kali call sama saya.. mintak balik wang 10 ribu yang dia kasi pinjam untuk beli mesin. U ada jalan ka?

Aku tarik nafas panjang. Aku pun tak jelas bagaimana nak start balik. Bukan sikit-sikit duit yang perlu aku cari untuk adakan balik mesin tu. Kini Zamir letakkan harapan di bahu aku pulak.

Tiba-tiba seorang teman yang baru sebulan aku kenal singgah di meja kami. Aku panggil dia Abang Zaidi. Dia dah sepuluh tahun juga buka bisnes di Pudu ni. Dah maju benar. Mesin-mesinnya saja sudah hampir sepuluh bijik. Kedai dia ada di tiga empat tempat. Dia juga tau apa yang dah berlaku pada bisnes aku dan Zamir.

"Macam mana sekarang ni, Zatt? Apa plan lepas mesin kena bawak lari ni? Si Aileen tu memang satu Pudu ni dah tau dia punya auta.."

"Macam ni bang.. saya dan Zamir ni ada kemahiran masing-masing. Tapi satu-satunya masalah kami ni - mesin! Kalau abang sanggup tolong kami, sangat-sangatlah saya berterima kasih. Kira abang investlah kat kitorang dalam lima belas ribu.. bulan-bulan kami bayarla dividen kat abang dari keuntungan kitorang nanti.." Idea tu spontan keluar dari mulut aku. Nampak sangat desperated! Aku Zaidi buat-buat ketawa walaupun pada aku, ini bukannya lucu.

"Zatt, ko buatlah kertas-kerja bagi kat abang. Kalau plan ko tu tak merugikan abang, apa salahnya.. esok jugak abang boleh bagi ko duit!"Lancar saja mulut Abang Zaidi bagi harapan. Mata aku dan Zamir pun terasa bersinar-sinar terang!

Selasa, 26 Juli 2011

Tujuh Tengkujuh.. (3)

Isnin. 4 Julai 2011.

Hari ni Abang Sayed dan Abang Razif ada datang jumpa aku. Terkejut badak diorang tengok 'bencana' yang berlaku. Baru je hari Jumaat hari tu office masih macam biasa. Tapi hari ni.. dah hancur semuanya!

Tauke kedai ni dah pindah.. sekarang tauke sebelah ambik alih.. dia nak renovate dulu.. lepas tu baru masukkan mesin balik. Jelasku setenangnya.

Habis tu, mesin awak mana? Tanya Abang Sayed sangsi.

Err.. saya terpaksa simpan di tempat kawan sementara tunggu siap renovation. Mungkin dua-tiga bulan lagi dah ok balik - Bohongku.

Jadi, projek direktori sekolah saya tu awak boleh buat tak?

Insya Allah takde masalah. Sekarang pejabat saya kat tingkat atas, mesin je yang tak boleh letak sini lagi. Sempatlah siapkan layout buku tu 300 muka surat. Sebelum raya kita cetaklah.. Confident je aku ayat Abang Sayed. Harap dia maafkan aku. Walhal aku sendiri tak pasti macam mana nak dapatkan mesin baru. Sebijik harganya cecah 40 ribu ringgit! Aku baru je berhenti kerja. Dan lebih malang lagi, gaji aku untuk bulan lepas ditahan. Atau dengan kata lain, syarikat tempat aku bekerja tu memang tak berniat nak bayar pun.. Zamir pulak, tengah stress sebab member yang pinjamkan duit 10 ribu tempoh hari mintak balik duitnya.. mana nak korek?

Zatt..Saya malu dengan U.. Kalau saya tak pujuk U jadi partner.. tentu sekarang U masih ada kerja.. Sayu suara Zamir. Aku pujuk Zamir agar sabar.. dan aku juga pujuk diri aku agar lebih sabar.. Dugaan lebih teruk dah pernah aku lalui. Dan sekarang bukanlah masa untuk berpatah balik! Fikir.. fikir..

Tujuh Tengkujuh.. (2)

Sabtu. 2 Julai 2011

Dua buah kren tiba di kedai cetak aku. Tiga biji mesin yang ada dalam kedai tu diangkut keluar. Aku tak mampu buat apa-apa. Aku fikir mesin dah kena tarik. Zamir mula bising-bising dengan Aileen, tauke kedai berusia awal empat puluhan tu. Zamir minta deposit kami balik. Tapi Aileen sudah plan, awal-awal lagi dia upah dua samseng untuk mengawasi kerja-kerja mengangkut mesin-mesin tersebut. Aku cuba tenangkan Zamir yang sudah hilang kawalan. Aku katakan pada Zamir; mesin itu sudah kena tarik sebab Aileen tak bayar tauke asal.. tak boleh buat apa.. cuma harap Aileen pulangkan duit deposit 10 ribu tu..

Salah seorang samseng tu jumpa aku, katanya; kalau aku serahkan wang tunai lagi tujuh ribu, dia takkan tarik mesin tu. Dan baki hutang tu boleh dibayar ansur-ansur pada boss dia. Kalau tidak, dia pun tak boleh buat apa.. boss dia sangat marah, katanya.. Aku berkeras untuk tidak mengikut cakapnya. Malas aku nak deal dengan samseng macam tu. Karang dengan mesin pun kena angkut waktu aku dengan Zamir takde, dengan duit-duit tu semua pun hangus!

Sabar je lah Zamir.. takde rezeki kita.. nak meniaga kat tempat macam ni, kena hati-hati.. duit boleh cari.. tapi musuh jangan cari.. tambah-tambah lagi dengan samseng macam tu.. Kita start balik dari kosong, ok! Aku cuba pujuk Zamir yang nampak down sangat-sangat selepas drama 'tarik' mesin cetak tu selesai. Dia tentu pucat lesi waktu salah seorang samseng berketurunan Cina tu menengking ke arahnya tadi sambil sebelah tangannya menggenggam sesuatu di dalam beg sandangnya. Aku kecut perut juga membayangkan di dalam beg itu mungkin ada pistol! Tapi aku cuba berlagak cool..

Menjelang petang, kedai kami dah jadi padang jarak padang terkukur. Dinding-dinding sudah diruntuhkan. Yang tinggal hanya serpihan-serpihan batu, kayu dan sampah-sarap. Sedihnya..

Tujuh Tengkujuh.. (1)

Jumaat. 1 Julai 2011, Jalan Pudu - KL.

Hari pertama aku start bikin bisnis sendiri. Bisnes printing yang aku share dengan Zamir, warga Bangladesh yang aku dah kenal sejak 7-8 tahun lalu. Hari ni aku berjaya tarik dua orang pelanggan untuk cetak booklet dan buku di kedai cetak aku. Dua-dua dah setuju. Tinggal kena siapkan layout design-nya aje. Congak-congak, boleh dapat tujuh lapan ribu ringgit juga kalau dua-dua projek ni sukses. Memang permulaan yang baik bagi hari pertama berniaga.

Tapi petang tu sedikit kecoh. Khabar angin bertiup kencang mengatakan tauke Cina tempat kami sewa premis ni nak pindah ke Pulau Pinang. Nak setup office baru kat sana. Kononnya sebab dia banyak tipu dan hutang orang di Pudu ni. Dan antara yang ditipunya termasuklah aku dan Zamir! Apa tidaknya, kami menyewa ruang pejabat di dalam bangunan miliknya. Kami juga bayar deposit RM10 ribu untuk beli mesin GTO 46 miliknya. Bakinya kami setuju bayar tiap-tiap bulan lapan ratus ringgit. Hakikatnya mesin cetak tu bukan dia punya. Dia pun masih tersangkut hutang dengan tauke asal mesin tu. Bila Zamir tanya, baru dia mengaku dan janji nak pulangkan balik deposit kami. Tapi janji tinggal janji. Dah masuk tiga bulan Zamir guna mesin tu. (Zamir dan pun sewa sebelum aku berhenti kerja lagi). Tup-tup dengar khabar dia nak pindah. Macam mana status mesin ni? Siapa pulak yang akan ambik alih bangunan ni nanti?

Aku mula risau. Zamir lagilah risau. Walaupun kami share, tapi tiga bulan lepas, dia pinjam duit member untuk bayar downpayment tu.. sekarang ni duit tak dapat, mesin pulak kemungkinan besar akan kena tarik. Tauke kedai 'kuat kencing' tu pulak asyik tabur janji manis yang susah aku dan Zamir nak percaya. Harap-harap dia tak jadi pindah la..