Selasa, 26 Juli 2011

Tujuh Tengkujuh.. (2)

Sabtu. 2 Julai 2011

Dua buah kren tiba di kedai cetak aku. Tiga biji mesin yang ada dalam kedai tu diangkut keluar. Aku tak mampu buat apa-apa. Aku fikir mesin dah kena tarik. Zamir mula bising-bising dengan Aileen, tauke kedai berusia awal empat puluhan tu. Zamir minta deposit kami balik. Tapi Aileen sudah plan, awal-awal lagi dia upah dua samseng untuk mengawasi kerja-kerja mengangkut mesin-mesin tersebut. Aku cuba tenangkan Zamir yang sudah hilang kawalan. Aku katakan pada Zamir; mesin itu sudah kena tarik sebab Aileen tak bayar tauke asal.. tak boleh buat apa.. cuma harap Aileen pulangkan duit deposit 10 ribu tu..

Salah seorang samseng tu jumpa aku, katanya; kalau aku serahkan wang tunai lagi tujuh ribu, dia takkan tarik mesin tu. Dan baki hutang tu boleh dibayar ansur-ansur pada boss dia. Kalau tidak, dia pun tak boleh buat apa.. boss dia sangat marah, katanya.. Aku berkeras untuk tidak mengikut cakapnya. Malas aku nak deal dengan samseng macam tu. Karang dengan mesin pun kena angkut waktu aku dengan Zamir takde, dengan duit-duit tu semua pun hangus!

Sabar je lah Zamir.. takde rezeki kita.. nak meniaga kat tempat macam ni, kena hati-hati.. duit boleh cari.. tapi musuh jangan cari.. tambah-tambah lagi dengan samseng macam tu.. Kita start balik dari kosong, ok! Aku cuba pujuk Zamir yang nampak down sangat-sangat selepas drama 'tarik' mesin cetak tu selesai. Dia tentu pucat lesi waktu salah seorang samseng berketurunan Cina tu menengking ke arahnya tadi sambil sebelah tangannya menggenggam sesuatu di dalam beg sandangnya. Aku kecut perut juga membayangkan di dalam beg itu mungkin ada pistol! Tapi aku cuba berlagak cool..

Menjelang petang, kedai kami dah jadi padang jarak padang terkukur. Dinding-dinding sudah diruntuhkan. Yang tinggal hanya serpihan-serpihan batu, kayu dan sampah-sarap. Sedihnya..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar