11 Julai 2011, Isnin.
Geram! Itulah yang dapat aku ungkap sebaik melangkah masuk ke dalam ruang pejabatku. Barang-barang dalam ofis aku banyak yang hilang termasuk extension cable, calculator, speaker dan macam-macam lagi. Mujur dalam keadaan tergesa-gesa pulang ke kampung pada hari Jumaat lepas aku sempat pesan pada Zamir agar membawa pulang komputer ke rumahnya. Kalau tidak, semuanya hilang sekali. Bila aku perhatikan hamparan karpet yang kotor dipenuhi kesan tapak kasut, dan suasana pejabatku yang berselerak, aku rasa macam nak menumbuk seseorang. Mujur tak ada seorang pun pekerja-pekerja yang sedang buat renovation di sekeliling bilik pejabatku di situ - mungkin kerana masih awal pagi. Aku geram kerana mereka tak menghormati privasi aku walaupun Ah Seng, tauke kedai yang baru itu sudah memberi jaminan bahawa pejabat aku itu takkan 'diusik' sehingga hujung bulan.
Amarahku yang terpendam sekian lama tiba-tiba bernyala. Tubuhku mula meremang dan bergetar menahan rasa tak puas hati yang selalunya mampu kukawal. Mataku melingas mencari sesuatu untuk dijadikan mangsa. Sebaik terpandang mesin pemotong besi yang berada berhampiran, langsung aku mendapatkannya. Dengan sekali rentap, cablenya terpelanting dari soket. Lantas aku libas ke dinding hingga pecah bersepai. Bagai dirasuk hantu, aku hampir-hampir menyumbat pasir ke dalam mesin tersebut. Mujur sisi baik dalam diri aku cepat-cepat menyedarkan aku betapa apa yang bakal aku lakukan itu sangat tak adil. Sedangkan aku tidak tahu pun siapa yang memecah masuk pejabat aku. Aku tersandar di dinding. Aku telefon Zamir.
"Zamir.. aku dah balik. Datanglah ofis." Sadis!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar